Hijaber

Fajer Beri Peluang Kepada Pemain Muda Kelantan

bola sepak

Ketua jurulatih Kelantan Fajer Ibrahim akan memberi peluang kepada pemain muda beraksi ketika perlawanan Liga Super antara pasukan The Red Warriors dan Negeri Sembilan di stadium Paroi, Seremban malam Sabtu.

Fajer berkata strategi itu akan memanfaatkan pemain muda untuk menambah pengalaman selain merupakan satu ramuan untuk memenangi perlawanan.

“Saya menaruh penuh keyakinan terhadap persembahan pemain muda ketika latihan. Saya berharap mereka akan membuat yang terbaik dan semoga pemain senior dan membantu mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Warga Syria itu yang menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih Kelantan pada Februari berkata beliau mahu Kelantan memenangi setiap perlawanan yang disertai.

 

Tags
Show More

Related Articles

Close
Close