Seleb

Jalan raya pengecas kenderaan

Sweden negara pertama perkenal teknologi terkini itu

Sweden memperkenalkan jalan raya pertama di dunia yang membolehkan kende­raan dicas semula semasa dipandu baru-baru ini.

Lapor Channel News Asia, tenaga akan disalurkan kepada kenderaan menerusi landasan yang dibina di sepanjang jalan raya berkenaan.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh eRoadArlanda dan firma pembinaan NCC, jalan raya tersebut terbahagi kepada beberapa bahagian – setiap bahagian berukuran 50 meter panjang.

Setiap bahagian tersebut hanya akan dikuasakan apabila ken­deraan melalui jalan raya itu dan bekalan elektrik diputuskan apabila sesebuah kende­raan itu berhenti.

Sistem jalan raya terbabit juga boleh mengukur jumlah tenaga yang digunakan oleh sesebuah kenderaan dan mengenakan bayaran yang sesuai kepada pengguna kenderaan tersebut.

Jalan raya terbaharu itu diba­ngunkan sebagai alternatif penyelesaian mampan dan menjimatkan kos selain membantu mewujudkan pengangkutan masa hadapan yang bebas fosil.

“Salah satu isu utama buat masa ini ialah bagaimana kita mahu menjadikan jalan raya yang bebas fosil menjadi realiti.

“Sweden kini berada pada tahap termaju dalam teknologi ini, yang kami harap dapat diperkenalkan di bahagian lain dalam negara ini dan di pe­ringkat dunia,” kata Pengerusi Konsortium eRoadArlanda dan Pengarah Pembangunan Perniagaan NCC, Hans Sall.

Tags
Show More

Related Articles

Close
Close