Cinta

Penduduk Palestin terus bertempur dengan tentera Israel

Palestin – Ribuan penduduk Palestin meneruskan tunjuk perasaan dan bertempur dengan tentera Israel dalam tempoh tiga minggu berturut-turut di sepanjang sempadan antara Gaza dan Israel.

Tunjuk perasaan sejak 30 Mac lalu menyebabkan 33 orang terbunuh apabila tentera Israel melepaskan tembakan menggunakan peluru hidup.

Bagaimanapun bilangan penunjuk perasaan kelmarin berkura­ngan berbanding minggu-minggu sebelumnya.

Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan berpuluh-puluh penduduk Palestin cedera akibat tembakan senjata api Israel.

Dalam kejadian itu, penunjuk perasaan membaling batu, manakala tentera Israel mengambil tempat di beberapa lokasi di sepanjang sempadan dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Sepanjang tempoh rusuhan, lebih daripada 500 orang cedera dengan 122 akibat tembakan senjata api dan gas pemedih mata, berdasarkan laporan kementerian kesihatan.

Selain itu, dua orang wartawan turut cedera akibat ter­kena tembakan selepas seminggu pemberita dari Gaza terbunuh.

Askar Israel menganggarkan kira-kira 10,000 perusuh cuba merosakkan kawat berduri yang diletakkan bagi mengelakkan mereka mendekati pagar sempadan dan menggunakan bom serta peranti letupan. – AFP

Tags
Show More

Related Articles

Close
Close