Cinta

Trump umpama ‘bos mafia’

Bekas ketua FBI dakwa Presiden AS tuntut kesetiaan, menipu dalam semua perkara

WASHINGTON – Bekas Pe­ngarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), James Comey mendedahkan dalam sebuah buku baharu bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengingatkannya kepada seorang bos mafia yang me­nuntut kesetiaan penuh pengikutnya dan berbohong tentang semua perkara.

Menurut petikan buku itu kelmarin, Trump juga obses mengenai dakwaan kewujudan klip video memaparkan beberapa pelacur yang dikatakan dibayar oleh beliau, membuang air kecil di atas tilam di sebuah bilik hotel di Moscow.

Dalam buku berjudul A Higher Loyalty: Truth, Lies and Leadership itu yang akan berada di pasaran pada Selasa depan, Comey mendedahkan bahawa Trump hidup dalam ‘kepompong sendiri’ dan cuba menarik orang lain ke dalam ‘dunia­nya’, demikian menurut laporan akhbar Washington Post.

Comey dipecat daripada jawatannya sebagai Pengarah FBI pada Mei tahun lalu.

Beliau yang pernah berkhidmat de­ngan tiga Presiden AS sebelum ini me­nyatakan dalam tulisannya, pertemuan dengan Trump ‘mengingatkan kembali kerjaya saya dahulu sebagai pendakwa raya yang menentang kumpulan mafia.’

“Semua orang bawahan mengangguk. Bos mengawal semuanya. Angkat sum­pah kesetiaan. Penipuan tentang semua perkara, besar atau kecil,” kata Comey dalam bukunya.

Namun, beliau pergi lebih jauh apabila menyatakan Trump tidak tahu menilai perkara yang baik dan buruk.

“Presiden ini tidak beretika dan enggan terikat kepada kebenaran serta nilai moral.

“Selain itu, kepimpinannya juga didorong oleh ego dan kesetiaan peribadi,” ujar Comey lagi dalam buku tersebut.

– AFP

Tags
Show More

Related Articles

Close
Close